Assalamualaikum dan salam sejahtera, berikut adalah contoh gambar atau hasil jawapan secara spontan berkenaan dengan apa yang kami faham berkaitan seni dalam Islam. Contoh jawapan tersebut diistilah dalam konteks yang meluas.
SENI PAKAIAN DALAM ISLAM
contoh 1 contoh 2 Pada pandangan kami, seni pakaian dalam islam merupakan pakaian yang mengikut syariat islam seperti menutup aurat. Hendak bergaya tidak salah, tetapi haruslah mengikut syariat islam. Terdapat 2 contoh pakaian yang terdapat diatas: Contoh 1 pakaian di sebelah kiri Pakaian ini kurang sempurna menurut syariat islam kerana memakai tudung yang singkat dan tidak menutupi dada. Selain itu pakaian tersebut juga ketat sehingga dapat menonjolkan bentuk badan. Contoh 2 pakaian di sebelah kanan Pakaian ini mengikut syariat islam kerana memakai tudung yang labuh dan menutup aurat serta baju yang tidak ketat dan tidak menonjolkan bentuk badan.
Comments
Post a Comment